DILEA OPEN TUISYEN RAKYAT BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

5 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Februari 2026, telah diadakan Dilea Open Tuisyen Rakyat Bahasa Melayu Tingkatan 2 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:30 petang hingga 4:30 petang.

Dilea Open Tuisyen Rakyat ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar secara live atas talian bersama guru Bahasa Melayu. Pelajar dibekalkan nota yang boleh diakses melalui portal Dilea. Cara pembelajaran melibatkan komunikasi 2 hala antara pelajar dan juga guru Bahasa Melayu. Di samping itu, terdapat juga sesi soal jawab antara peserta dan guru bagi menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik matapelajaran Bahasa Melayu. Setelah tamat sesi pembelajaran, peserta perlu menanda kehadiran melalui portal Dilea.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali